Isnin, Ogos 10, 2009

ayam goreng berempah & masak lemak pucuk ubi




salam..........

Hari ni nasib baik mood nak masak dtg balik.Kalau x jenuh asyik nak beli nasi bungkus.Jadi tengahhari ni na masak ayam goreng berempah dan masak lemak pucuk ubi.Punya la selera suami dan anak-anak na berdua tu makan nasi sambil ratah ayam goreng.Habis la ayam yg na goreng tadi.

Apa-apa jom jemput makan.........

bahan-bahan ayam goreng berempah:
1/2 ekor ayam dipotong 6 digaul dgn garam dan serbuk kunyit.
1/2 biji bawang merah*
3 btg serai*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 sudu besar serbuk kari*
1 tangkai daun kari*(kisar halus semua bahan yg bertanda*)

cara-caranya
perap ayam dgn bahan yg telah dikisar selama 30 minit.
kemudian goreng.

bahan-bahan masak lemak pucuk ubi:
1/2 ikat pucuk ubi (direbus sampai empuk)
10 tangkai cili api*
1 biji bawang merah*(kisar bahan yg bertanda*sampai halus)
2 sudu besar tauchu kasar
1 gengam ikan bilis kopek
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
2 cawan air
2 cawan santan pekat

cara-caranya:
masuk semua bahan yg dikisar,pucuk ubi,tauchu,ikan bilis,serbuk kunyit dan 2 cawan air kedalam periuk.masak sampai melegak.bila dah melegak masukan asam keping,garam secukup rasa dan santan pekat.masak sampai kuah melegak.baru tutupkan api.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...