Rabu, Ogos 26, 2009

Hari ke 3,4 , 5 dan 6 ramadhan

Salam.............

Dah masuk hari ke 6 umat islam berpuasa.Terasa sekejap je masa berlalu.Hari ke 3 berpuasa Na tak masak sebab Na turun gi ke kl umah mak,berbuka disana.Hari ke 4 pula Na masak ayam masak merah,dalca ayam dan papadom goreng.Makan dengan nasi putih je.
Untuk hari ke 5 Na merdeka lagi sebab tak payah masak,turun ke raub berbuka dirumah atuk angkat Na.Untuk petang ni belom fikir nak masak apa.Mungkin nak masak nasi goreng kot sebab angin malas dah datang melanda.Mungkin buat kuih skit kot.Tengok la petang nanti apa yang jadi.

Apa-apa pun Na nak ucapkan selamat berbuka puasa dan selamat menjamu selera.




bahan-bahan ayam masak merah
6 ketul ayam diperap dgn garam serta kunyit serbuk
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji bawang merah*
3 batang serai*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*dikisar halus
1 batang serai dititik

cara-caranya:
gorengkan ayam sampai masak.jangan sampai terlampau garing.ketepikan.tumiskan serai yg dititik sampai kekuningan,baru cili kering dengan bahan yg telah dikisar,sos tomato,cili dan sos tiram tadi masak sampai pecah minyak.bila dah pecah minyak masukan ayam dan air skit,garam,gula secukup rasa.kacau sebentar,baru tutupkan api.

Bahan-bahan dalca.
1 genggam kacang dhal direndam kemudian direbus sampai empuk
3 ketul ayam dipoyong kecil
1/2 biji carrot, 2 biji kentang,1 biji terung bulat,3 tangkai kacang panjang,
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1 peket kecil rempah kari daging babas
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 tangkai daun kari*
dikisar halus
1/2 biji bawang merah dihiris nipis#
2 ulas bawang putih dihiris nipis#
1 tangkai daun kari#
1 batang kulit kayu manis#
2 kuntum bunga lawang#
2 kuntun bunga cengkih#
2 biji buah pelaga#bahan penumis
3 biji cili hijau dibuang tangkai dibelah 2

cara-caranya:
tumiskan kesemua bahan yang bertanda # sampai kekuningan.baru masukan rempah kari,serbuk kunyit,cili kering dan
bahan yang dikisar masak sampai pecah minyak.masukan 2 cawan air,kacang dhal,carrot,terung dan ubi kentang.masak sampai semua sayur empuk.bila dah empuk masukan ayam, kacang panjang,garam,gula secukup rasa,asam keping,santan pekat,masak sampai mendidih.akhir sekali masukan cili hijau barututupkan api.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...