Isnin, Ogos 31, 2009

hari ke 9 dan 10 berpuasa

Salam..........

Laju sungguh rasanya masa berlalu.Sekejap dah masuk hari ke sepuluh kita berpuasa.Tinggal 20 hari je lagi kita nak kejar utk melakukan sebanyak-banyak amalan yg mulia dibulan puasa ni.Hari ke 9 na tak masak.lepas kul 6 kami turun pergi beli barang dapur dan barang2 budak.Jadi berbuka puasa kat luar la.Lauk dibawah na masak pada hari ke 10 puasa.Na masak ayam percik,taugeh masak lemak dan mee hailam.Tu la menu yang simple dan senang dimasak.Mesti ramai terfikir bila masuk sini je asyik-asyik lauk yang simple dan lauk tu semua orang boleh masak.Na nak tegaskan pertama kali na buat blog ni untuk teman na seorg tu yg tak pandai memasak.(bukan la na ni pakar memasak utk makan sendiri boleh la)kesian kat teman ni,dia asyik tipon na mintak resepi,dah la kat fraser ni bila hujan je line tipon problem skit.Lain yg kita cakap lain yg dia dengar.last-last dia cakap kat na ko buat blog la senang aku nak nak paste ko punya resepi.Tapi resepi yang senang skit la ko masak.Tu la kat sini hanya ada resepi yang simple-simple je.Buat teman na selamat menjamu selera la ye.........



bahan-bahan
6 ketul ayam
3 batang serai*
1 biji bawang merah*
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
8 biji ciliapi*nak pedas letak lebih
1 sudu besar lada hitam*kisar bahan yg bertanda* sampai halus
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1 keping asam keping

cara-caranya:
rebus ayam dicampurkan 2 inci halia kedalam periuk bersama sedikit garam.rebus ayam setengah masak.tumiskan bahan yg dikisar sampai naik bau.baru masukan air,santan pekat,asam keping dan garam,gula seta aji secukup rasa.masukan ayam yg telah direbus kedlm kuah,masak sampai kuah melegak.tutupkan api.
keluarkan ayam dr kuah dan bakar ayam diatas dapur arang.terbalik-balikkan ayam supaya ayam benar-benar masak.bila dah kesemua ayam masak siram la kuah yg lebih keatas ayam.


bahan-bahan
100gm taugeh
1/2 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah dihiris (na guna cili hijau je)
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
2 keping tauhu diptg 6

cara-caranya:
masukan bahan diatas,garam,aji dan gula secukup rasa.masak sampai kuah melegak.baru tutupkan api.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...