Rabu, Ogos 12, 2009

Paprik daging


salam.............

Tengahhari tadi na cuma masak paprik daging dan ayam goreng berempah utk makan tengahhari tadi.La x kan ayam goreng berempah lagi kot.Ni request dr suami na sebab semalam x puas makan.jadi tu yg masak lagi tu.Jom layan...........

bahan-bahan
200gm daging direbus sampai empuk,kemudian dihiris nipis
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu teh tpg jagung dibancuh dgn air
1 cawan air
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang holand diptg bulat
4 helai daun limau
8 tangkai cili api diketuk
2 tangkai cili merah diptg menyerong
sayur-kacang panjang,carrot,kobis bunga dan putik jagung(na x letak xde stok) ikut suka banyak mana.

cara-caranya:
tumis bawang putih sampai kekuningan,masukan cili kering masak sampai pecah minyak.
masukan daun limau purut,cili api serta semua jenis sos,tpg jagung,daging,semua sayur,air,garam,gula,aji secukup rasa kacau bagi sebati.
akhir sekali masukan cili merah dan bawang dipotong bulat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...