Ahad, Mei 31, 2009

Katering di pusat latihan kementerian pertahanan di bukit fraser

assalamualaikum.................


Syukur selesai sudah sesi katering di pusat latihan kementerian pertahanan malaysia di bukit fraser,pahang selama 7 hari bermula dr 24-30hb.05.09.


Na berharap semua pihak berpuas hati dgn
layanan yg diberikan.


Na dan suami (darwis) nak ucapkan ribuan terima kasih kpd pihak pusat latihan (en rashid serta staf azhar,sham dan nazrul) dan semua peserta khusus induksi yg very2 sporting dan tak banyak kerenah selama Na berkatering disana.

Sebahagian gambar yg sempat diambil.....

















Selasa, Mei 26, 2009

nasi ayam

Hari ni na masak nasi ayam utk makan tghhari tadi.

Harap sudi mencubanya...






NASI AYAM


Bahan utk perap ayam
1 ekor ayam
1 sudu teh lada sulah
2 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos tiram
cara2:
perapkan ayam dgn semua bahan diatas selama 30minit.
p/s:ikut suka nak goreng @ bakar.

Bahan utk nasi
1kg beras
1/2 biji bawang besar holand-dihiris nipis
4 ulas bawang putih-dicincang halus
halia sebesar ibu jari-diketuk
2 kiub pati ayam
3 helai daun pandan
lemak ayam (dari seekor ayam)
cara2:
tumis lemak ayam tanpa minyak tunggu sampai lemak ayam keluarkan minyak
bila dah ada minyak tumis bawang besar,bawang putih,daun pandan & halia masak sampai kekuningan
masukan beras & kiub ayam serta garam secukup rasa.
p/s:masak je dlm rice cooker (sukatan air macam masak nasi biasa)

Bahan utk sos cili
5 biji cili merah
8 biji cili api
1/2 biji bawang holand
5 ulas bawang putih
½ inci halia
2 sudu besar cuka-kalau xnak guna cuka boleh guna limau kasturi
cara2:
blend semua bahan diatas kemudian tumis dgn minyak skit.
Masukan garam,gula & cuka secukup rasa.

Bahan utk sos kicap
1/2 cawan kicap manis - Na guna kicap cap kipas udang je
4 ulas bawang putih – dicincang halus
½ sudu besar tepung jagung – bancuh kit ngan air
garam & gula secukup rasa
cara2:
tumis bawang putih ngan minyak skit tunggu pai bawang garing.masukan kicap,tpg jagung,air,garam & gula secukup rasa


Bahan utk sup
4 ulas bawang putih - dicincang halus
½ biji bawang merah – dihiris nipis
2 kiub pati ayam
tumis bawang ngan minyak.bila dah kekuningan masaukan air,kiub ayam,garam & bahan perasa secukupnya.
Hias dgn daun sop ,bawang goring.
p/s:boleh tambah fish ball,tauhu pok atau pun tulang ayam.

Sabtu, Mei 23, 2009

tetamu

Petang tadi adik na, man dan wife (adzie) datang ke bukit fraser untuk
hantarkan barang kat na.

Na ingat adik nak tido kat sini rupanya hanya dtg utk hantar barang je.

Sebelum balik sempat suami na ambil gambar man & adzie tgh berposing


oreo cheese cake

resepi cheese cake ni na ambil dari blog: dariteratakmaklang.blogspot.com.
na dah cuba memang sedap sangat.sesiapa nak mencuba jgn takut insyaallah gerenti menjadi.


oreo cheese cake




bahan-bahannya:

14 - keping biskut oreo (dikisar halus)
campurkan dgn 2 sudu besar butter yg telah dicairkan.
gaulkan rata tekan dlm springfoam berukur 8".
bakar selama 10 minit dan diketepikan.


bahan A:
750gm - cream cheese
130gm - gula

bahan B:
3 - biji telur

bahan C:
200ml - whipped cream (yg dlm kotak)

bahan D:
15 keping oreo dipotong 4
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tpg jagung

cara-caranya:
pukul hingga sebati bahan A hingga kembang
masukan bahan B 1 persatu dan pukul
masukan bahan C dan pukul lagi
terakhir masukan bahan D gaul rata dan tuangkan kedlm acuan tadi
bakar secara ben marie (letak acuan dlm bekas berisi air)
bakar selama 50 minit
selepas itu biarkan kek didlm oven selama 1 jam dgn biarkan pintu oven
terbuka sikit.
bila dah sejuk masukan ke dlm peti ais selama 5 jam.

Jumaat, Mei 22, 2009

telatah anak-anak

gambar nur aina qisthina & nur aina umairah












Selasa, Mei 19, 2009

KELAS MENJAHIT TUDUNG BERSAMA KAK TON

Syukur alhamdulillah dpt gak na menghadiri kelas jahitan kak ton pd 17.05.09 di impiana qaisara BBB.punya la excited nak belajar.ye la na sebenarnya memang x reti langsung menjahit.Na nak ucapkan ribuan terima kaseh
kat kak ton yg banyak membantu na selama menghadiri kelas kak ton.


Na bergambar bersama kak ton(baju berwarna pink)


Na bergambar bersama makcik bidah tg malim


Jumaat, Mei 15, 2009

IKAN CENCARU SUMBAT CILI DAN SAYUR PETOLA

Hari ni na masak ikan cencaru sumbat cili dan sayur petola utk santapan makan tengahhari tadi.Na harap pembaca dapat la mencubanya ye.....

Maaf gambar kurang memuaskan biasa la hp murah.hi..hi...






RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT CILI
2 ekor ikan cencaru
5 biji cili merah
6 biji cili api
2 biji bawang merah (kalau besar sgt guna je sebiji)
2 biji limau nipis

cara-caranya:
ikan cencaru dibelah belakang.
lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
kisarkan cili merah,cili api dan bawang tanpa air.(jgn sampai halus)
perahkan air limau nipis kedlm bahan yg telah dikisar.
tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa.
sumbat ke dlm ikan cencaru yg dibelah belakang.
gorengkan dengan minyak yg sedikit.(minyak dlm 1/2 senduk saja)
semasa mengoreng buka api kecil sahaja.(kalau api besar takut hangus nanti)

SAYUR PETOLA TUMIS IKAN BILIS
2 biji petola - dibuang kulit & diptg bulat.
1/2 genggam ikan bilis.
2 ulas bawang putih.
1/2 biji bawang merah.
1/2 cawan air.

cara-caranya:
tumbuk ikan bilis bawang merah dan bawang putih.
tumiskan bahan yg telah ditumbuk tadi sampai garing.
masukan petola,air,garam dan sebuk perasa secukupnya.

Rabu, Mei 13, 2009

terima kasih

assalamuaikum......


Dah brape ari Na x dpt nak menulis cos suami dpt cuti jadi kami ke kl rumah mak na kat jln klang lama.Hilang la skit rindu anak-anak na kat nenek dia.X terlambat lg rasanya Na nak ucapkan selamat hari ibu kat mak zaharah yusop dan mak mentua leha kamaruddin yg berada kat johol.Hari ni Na nak ucapkan thanks a lot kat adik-adik (andak,acot & azie)cos bg support kat blog 'salam dari puncak'.

Sabtu, Mei 09, 2009

Sarapan pagi

Pagi ni suami mintak buatkan nasi impit,rendang ayam & kuah kacang utk sarapan pg.Apa lagi terus la ke dapur utk mula memasak.Ni la hasilnya



Resepi Rendang Ayam
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
7 tangkai cili kering
8 tangkai cili api - lau nak pedas letak lebih
4 biji bawang besar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 btg serai
100gm keisik - dlm 1 pkt kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit - diricik halus
1 keping asam keping
cara:
-blend bahan diatas,kemudian tumis ngan minyak sampai pecah minyak.masukan ayam,kerisik & daun kunyit.
-bila air ayam dah kering masukan santan,asam keping,garam & gula secukup rasa.
-masak sampai kering (kalau nak berkuah x payah masak pai kering)


Resepi Kuah Kacang
bahan-bahan
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng - tumbuk jgn sampai halus
5 tangkai cili kering
3 btg serai - dipotong nipis
2 biji bawang besar - dihiris nipis
1/2 buku gula merah
asam jawa secukup rasa
cara:
-goreng cili kering,serai & bawang besar dgn minyak skit(dlm 1 sudu besar)selama 2minit.kemudian blend pai halus.
-tumis bahan diatas pai pecah minyak,baru masukan kacang tanah & air asam jawa,garam & gula merah.
-rasa secukup rasa (kalau gula merah tu x cukup manis tambah je gula biasa)

Nasi Impit (guna je nasi impit segera)
NA Guna nasi impit jenama Adabi

-----------------------------------SELAMAT MENCUBA--------------------------------- -

gambar anak-anak

SYUKUR

Dapat gak NA menulis ari ni.Ni gambar anak-anak yg baru my hubby ambil ptg tadi pas anak-anak penat bermain.Aina qisthina sempat lg buat peace.


Ptg ni pakat dgn kak gee dpn umah nak buat makaroni bakar.harap-harap jadi la ye.
Lau jadi leh la siarkan resepi makaroni bakar.... dalam 45 minit siap la.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJENGUK KE LAMAN "SALAM DARI PUNCAK"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...