Ahad, Jun 28, 2009

permata hatiku





salam.........
brape hari ni sibuk skit.sampai xde masa nak updet my blog.
dlm kesibukan ni terasa rindu sesangat kat aina qisthina dan aina umairah.dah seminggu
anak-anak kena tinggal dgn mak na kat kl.apa nak buat keje terpaksa lah berpisah jap ngan anak-anak.semalam mak na tipon bg tahu yg si kakak dah mula merengek nak balik umah.asyik gaduh ngan adik dia je.baru seminggu kena tinggal neneknya dah pening kepala.x leh jadi ni ,esok na dan suami cuti mungkin turun ke kl nak ambik anak-anak.dah x tertahan rindu kat budak-budak berdua ni.

Jumaat, Jun 26, 2009

ayam halia



bahan-bahan
300g isi ayam diptg nipis
2 inci halia diricik halus
2 sudu besar sos tiram
4 ulas bawang putih diketuk
1/2 biji bawang holand diptg nipis
4 biji cili api diketuk
2 biji cili merah dihiris menyerong
2 tangkai daum bawang
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu teh tpg jagung dibancuh dgn skit air
1/2 sudu teh minyak bijan

cara-caranya:
tumis bawang putih dan halia sampai garing.bila dah garing masukan isi ayam.biar sampai isi ayam masak.bila dah masak baru masukan tpg jagung,lada sulah,bawang,cili api,cili merah,air skit,garam dan gula secukup rasa.
bila dah masak tutupkan api,baru masukan daun bawang dan minyak bijan.

Khamis, Jun 25, 2009

asam rebus ikan merah



salam...............

Hari ni na cuma masak asam rebus ikan merah utk hidangan tengahhari.nasib baik suami x
kisah dgn apa yg na masak janji mesti pedas.ye la org N9 la katakan.x pedas x sah.
apa-apa pun jom layan dulu resepi ni ye.

bahan-bahan
1 ekor ikan merah
1 cili kering #
2 biji bawang merah #
2 sudu besar rempah biji@ketumbar #
1 sudu besar beras #
belacan sebesar ibu jari #(kisar bahan # dikisar)
1 tangkai daun kesom
1 biji timun dibelah 2 dan diptg menyerong.
2 kpg asam keping

cara-caranya:
tapis semua bahan yg dikisar.kisar balik bahan yg telah ditapis ditambah dgn air.ulang sebanyak 3x utk ambil airnya
rebus air yg telah ditapis,masukan ikan ,timun,asam keping,daun kesom dan garam
secukup rasa.

yee mee kantonis



salam

tengahhari semalam na dan suami just makan nasi bungkus je.malas nak
masak cos anak-anak xde kena tinggal dgn nenek mereka di kl.cuma na masak utk makan malam. na masak yg simple je iaitu
yee mee kantonis.na harap sudi la mencubanya.

bahan-bahan:
1 pkt yee mee
isi ayam,udang dan sotong-ikut nak letak banyak mane
2 keping fish cake diptg nipis
1/2 biji carrot dibelah dua dan ptg menyerong
2 tangkai sawi
skit kobis
3 biji telur dipukul
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tpg jagung dibancuh dgn skit air
1/2 sudu teh minyak bijan
2 ulas bawang putih dicincang
1500ml air
1 sudu teh lada sulah

cara-caranya:
tumis bawang putih sampai garing.masukan air sebanyak 1500ml.
masukan carrot,isi ayam,udang,sotong dan fish cake.biarkan sampai melegak.
bila dah melegak masukkan sos tiram,lada sulah,tpg jagung dan telur.
kacau perlahan-lahan supaya telur dan tpg tidak berketul-ketul.
masukan sayur sawi,kobis,minyak bijan,garam dan gula secukup rasa.
letak yee mee dalam pinggan @ mangkuk dan siram kan kuah keatas yee mee.
boleh la terus dimakan bersama cili api potong yg dicampurkan bersama kicap cair.

Selasa, Jun 23, 2009

lasagna



salam.
dah brape hari x dpt nak updet.na cuti jadi turun gi kl umah mak.
ingatkan nak rehat tapi x leh nak rehat cos dah berjanji nak buat lasagna utk adzie.
apa-apa pun layan dulu resepi lasagna ni ye cos penyakit malas dah dtg melanda.hi..hi

bahan-bahan
250g kepingan lasagna
2 botol prego pasta sause 397g fresh mushroom
2 sudu besar cili kering
1 bks daging kisar ramly
6 btg sosej diptg nipis
1 tin cendawan butang diptg nipis
1 pkt keju mozzarella
1 pkt mushroom soup
2 cawan air
1/2 biji cili buah diptg dadu
2 biji tomato diptg dadu
1/2 biji bawang holand diptg dadu
2 ulas bawang putih diketuk

bahan sos putih
2 sudu besar marjerin
4 sudu besar tepung gandum
1000ml susu uht
cara-caranya
cairkan marjerin,masukan tpg gandum masak sampai tpg berbuih putih baru masukan susu uht.masuk garam dan gula skit.
p/s:masak gunakan api yg kecil,takut tpg hangit.

cara-caranya:
rebus dulu lasagna.air dicampurkan dgn minyak skit.jgn rebus sekali banyak
takut lasagna melekat-lekat.kalau boleh biar la rebus sekeping-sekeping.
tumis bawang,bawang putih sampai kekuningan baru masukan cili kering,sos,mushroom soup,daging,sosej,cendawan,cili buah,tomato dan air.
rasa garam dan gula secukup rasa.
letak kepingan lasagna dlm loyang,layer dgn sos dan ratakan dan letak pula sos putih.
lepas dah letak sos putih layer balik kepingan lasagna dan sos.penutup tabur keju mozzarella secukupnya.(kalau xde keju mozzarella guna je kepingan cheese)
p/s:sos yg lebih boleh disimpan utk topping pizza atau sos spagetti.
resepi ni boleh dpt 2 loyang lasagna.na memang buat banyak cos adik-adik na memang suka makan.
kalau x nak buat banyak just kurangkan bahan diatas

Sabtu, Jun 20, 2009

fraser hill's international bird race







Dalam brape hari x sempat nak updet sebab sibuk sangat.start dr hari jumaat
bird watching dari thailand,singapura,taman negara pahang dah start check in.
ramai bird watching dr pelusuk dunia sudah mulai berkampung di bukit fraser utk pertandingan burung.pertandingan mengenal burung merupakan satu pertandingan dimana satu pasukan yg mengandungi 3 peserta bertanding utk mencari,mengenal dan mencatit
seberapa banyak spesis burung yg terdapat di bukit fraser.

objektif utama pertandingan ini adalah utk mempromosikan bukit fraser kpd peminat burung tempatan dan antarabangsa sebagai destinasi melihat burung yg terbaik di malaysia.Na siarkan sebahgian gambar yg sempat diambil dikawasan hotel tempat na
keje.

Khamis, Jun 18, 2009

bihun sup ayam




salam

Balik dari kuala kubu,terus pikir nak masak bihun sup.
menu yg simple dan senang utk dimasak.
okay la malas nak celoteh banyak.
Layan je la resepi kat bawah ye.

bahan-bahannya:
600g bihun dicelur dgn air panas,kemudian ditoskan
1/2 ekor ayam dipotong kecil
2 pkt sup bunjut adabi - buka bunjut dan blend halus.
2 sudu besar rempah kurma
2000ml air
bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 biji bawang merah dihiris nipis
4 ulas bawang putih dihiris nipis
2 inci halia diketuk
bahan hiasan:
taugeh dicelur (ikut suka)
sawi dicelur (ikut suka)
daun sop dan bawang goreng

cara-caranya:
-panaskan 1/2 senduk minyak didlm periuk.kemudian tumis semua bahan penumis
sampai bau wangi.
-bila dah wangi masukan sup bunjut yg telah diblend dan rempah kurma kacau
sekejap baru masukan air,ayam,garam,gula secukup rasa.
-masak sampai melegak baru tutupkan api
(kalau masak biarkan api dibuka perlahan je)

sambal kicap
cara-caranya:blend cili api sebanyak 20 biji(kalau nak pedas letak lebih)
dicampurkan dgn 1 sudu besar cuka,kicap manis dan skit gula

terima kasih

na nak ucapkan ribuan terima kasih kat kakasma kerana sudi menyengok blog na.
semoga persahabatan yg baru ni dpt mengeratkan tali siratulrahim.

hari ni deman x kurang juga,bertambah dgn batuk dan selsema.walau pun dah
berbiji-biji ubat telah na telan tp xde kurang pun.malas betul nak gi klinik.
tengahhari tadi suami ajak gi kuala kubu nak beli barang hardware.
apa lagi ikut juga la walaupun deman.sebenarnya nak mengelak dr masak.hi..hi.hi
makan kat luar la jawabnya hari ni.

jarak bukit fraser ke kuala kubu hanya 30km saja.tapi jalan yg macam ular kena patuk
memang terasa jauhnya.kira-kira 45 minit baru sampai.
kami bertolak dlm kul 12.20ptg sampai dalam kul satu 1.10ptg baru sampai
di kuala kubu.apa lg cepat-cepat beli barang dgn gi makan dan isi minyak keta(kat bukit fraser x de petrol pump).sebab nak kejar balik
naik gate kul 3.kalau terlambat nak kena tunggu kul 5ptg la jawabnya.

sape-sape nak gi bukit fraser kena ambil berat tentang masa turun dan naik pukul brape.ok la x nak peningkan sape-sape na nak bg tahu masa naik ke fraser bermula
jam 7 pg,9pg,11pg,1 ptg,3ptg,5ptg dan 7 mlm.turun dari bukit fraser bermula jam 8pg,
10pg,12tgh,2ptg,4ptg dan 6 ptg.selepas jam 8 malam semua kenderaan dibenarkan turun atau naik sampai pukul 6.40 pg.gate hanya buka selama 40 minit sahaja.
jadi sape yg nak datang sini kena budget masa la ye.

Rabu, Jun 17, 2009

mee hailam



MEE SUP SIMPLE



SALAM


Petang ni Na cuma masak mee hailam dan mee sup utk anak-anak.
deman x kebah lagi.cuma masak yg simple je la utk makan malam.
harap cuba la resepi ni ye.....

bahan-bahan
1kg kg mee kuning.
1 cawan isi ayam
1/2 cawan udang
1 peket bebola ikan
sawi,kobis,cendawan shitake dan carrot - ikut suka
3 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kering kisar
1/2 cawan sos tiram *
4 sudu besar sos cili *
2 sudu besar sos tomato *
2 sudu besar kicap pekat * (bahan sos)
1 sudu teh lada sulah
1 sudu besar tpg jagung (bancuh dgn air)
1000ml air ( sukatan 1 botol air mineral yg besar)
daun bawang,cili merah dan bawang goreng (bahan hiasan)

cara-caranya:
cuci mee,kemudian siram dgn air panas.tos dan sejatkan.
masukan minyak tunggu minyak panas dan tumiskan bawang putih sampai bau wangi.
masukan cili kisar tumis sampai pecah minyak
masukan * bahan sos,lada sulah,tpg jagung dan air baru masukan
isi ayam,udang,bebola ikan,sayur ,garam,gula dan aji secukup rasa.
biarkan kuah sampai melegak baru tutupkan api.
isikan mee didlm mangkuk dan siramkan dgn kuah tadi.
taburkan bahan hiasan dan boleh la terus dihidangkan panas-panas


mee sup simple
mee (na letak skit je agak2 je la)
2 cawan air
1 kiub ikan bilis
2 biji telur
sawi skit

cara-caranya
masukan air dalam periuk,masak sampai melegak masukan telur sebiji demi sebiji
biarkan api perlahan supaya telur x pecah.
bila telur dah masak masukan mee,kiub ikan bilis dan sawi.
biarkan sekejap baru tutupkan api.

sambal sardin




Hari ni deman la pulak.tak kan nak makan nasi bungkus lg kot?
tak boleh jadi ni.apa lg gi dapur tengok apa benda yg paling senang dimasak.
tengok punya tengok,nampak la tin sandin kat atas para.sardin pun sardin la
janji leh cepat dimasak.Na goreng kan ayam dan goreng sayur kobis.lepas la hari ni punya citer nak masak apa.

sambal sardin
1 tin kecil sardin
2 sudu besar cili kering yg sudah diblend
1 biji bawang besar-dipotong bulat
1 biji cili merah-dihiris nipis
air asam jawa

cara-cara:
tumis cili blend sampai cili masak.
masukan sardin,bawang,cili merah,air asam jawa,garam,gula secukup rasa.

Selasa, Jun 16, 2009

labu masak lemak





Dah brape hari asyik makan nasi bungkus je.
jadi tengahari tadi mula la start masak tu pon lauk yg simple je.
na masak kuah lemak labu dan ikan cencaru sumbat cili.
labu tu na x pernah beli pon,tumbuh liar kat kawasan hotel ni.
jadi bila dah berbuah just kutip je la.resepi ikan cencaru na pernah siarkan.
cuma cari dibawah label ikan.


labu masak lemak
1/2 biji labu yg sederhana besar
1 sudu teh lada hitam(ditumbuk halus)
1 biji bawang merah(dihiris nipis)
1 biji cili merah(dihiris nipis)
1/2 helai daun kunyit(disiat-siat)
50gm ikan bilis
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat

cara-caranya:
mula-mula rebus labu.bila dah empuk masukan santan cair,lada hitam,
bawang,cili merah,daun kunyit dan ikan bilis.(kalau x suka ikan bilis boleh
gantikan dgn udang kering @udang hidup)
bila dah melegak masukan santan pekat,garam,aji dan gula secukup rasa.

senang je kan.........

Isnin, Jun 15, 2009

ziarah

salam persahabatan
buat sesape yg baru first time masuk my blog.

brape ari ni terasa penyakit M datang melanda bukannya apa masih dlm suasana
kesedihan lagi.
ahad yg lepas ajak suami turun kl utk ziarah keluarga arwah pak man di klang.
anak-anak deman la pulak tp suami cakap kita turun je anak-anak tinggal dgn
mak kat kl.
sebelum turun kl kami singgah sekejap di raub dulu utk jumpa adik di sekolah mahmud utk anta stok makanan.lepas jumpa adik baru terus gi kl umah mak.Na tinggalkan
aina umairah je kat mak yg kakak Na bawak.
dari umah mak terus ke klang.
syukur akhirnya dapat juga jumpa isteri arwah 'mama nor'.
mama terus peluk Na sambil menangis.Na apa lg berjurai la airmata yg turun.
Na harap mama nor tabah mengharungi ujian dr allah swt.
Na bangga nengok ketabahan mama.

semalam isnin 15.06.09 genap la seminggu permergian arwah.
tapi sesuatu yg pelik berlaku Na nampak arwah berserban dan berpakaian jubah putih dan sekelilingnya tubuh arwah bercahaya sambil tersenyum memandang Na.subhanaallah
itu yg terungkap dr mulut na.itu la kuasa tuhan yg maha kuasa.
memberi kelebihan kpd arwah yg banyak menghambakan diri kepada allah swt.
semoga roh arwah dicucuri rahmat dari NYA.
AMIN....

Jumaat, Jun 12, 2009

ZOO MELAKA

SALAM

Isnin yg lepas na dan suami dan anak-anak(aina qisthina & aina umairah)
serta ayah,mak mentua(hj salleh dan hjh leha) dan abg ipar(rizal dan krul),
kakak ipar(kak gee dan kak su)
serta anak -anak buah(ain,nurul,ikhwan,ashraf,damia,luffi dan husna) telah melawat zoo melaka.seronok bila dah berkumpul ramai-ramai ni.macam-macam ragam anak-anak na serta anak-anak buah.ye la bukan selalu jumpa.masing-masing dok jauh.Na di fraser,
abg rizal dan kak gee di melaka,abg krul dan kak su di kelantan dan mak@ayah di N9.






gambar suami dan anak-anak



terima kasih





HENSEM TAK?


Jangan mare ye en.rashid.
Gurau je.he...he...
Na dan darwis ingin ucapkan ribuan terima kasih kpd bos pusat latihan kementerian pertahanan di bukit fraser iaitu EN.RASHID serta staf-staf yg bertugas en.sham,en.nasrul dan en.azhar.

Khamis, Jun 11, 2009

Ayam masak kurma




SALAM
Hari ni na masak ayam kurma untuk santapan tengahhari tadi.
harap sudi la mencubanya ye...

bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong 14
rempah kurma adabi 2pkt kecil
5 biji kentang dibelah 4 (nak letak lebih pun boleh)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping asam keping
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
bahan penumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1/2 bji bawang besar dihiris nipis
3 ulas bawang putih dihiris nipis
1 helai daun pandan disimpulkan
bahan utk hiasan:
cili merah @ cili hijau dibelah 2

cara-caranya:
tumiskan semua bahan penumis hingga kekuningan.masukan rempah yg dikisar bersama bawang merah,bawang putih dan halia.
biar sampai pecah minyak.
bila dah pecah minyak masukkan ayam dan kentang serta santan cair.
bila ayam dan kentang sudah empuk masukan asam keping,santan pekat,garam,gula
secukup rasa.
tutupkan api baru masukan bahan utk hiasan.

salam takziah

AL-FATIHAH

Sedih rasanya bila kehilangan orang yg kita sayang.Hari selasa tanggal 9.jun.09 bersamaan 15 J.akhir 1430 pukul 3 ptg bertempat hospital klang perginya Pak Man menghadap tuhan yg maha esa.
Pak man adalah ayah angkat kpd na dan suami.
Arwah banyak memberi tunjuk ajar dlm ilmu keagamaan kepada kami sekeluarga.
Semoga roh beliau diramati ALLAH SWT.

Semoga mama nor dan keluarga tabah mengharungi kehidupan yg mendatang...

Rabu, Jun 03, 2009

My First blooming rose






assalamualaikum.....


Hari ni,na ambil gambar bunga rose yg buat pertama kali berkembang dilaman umah.
Ni gara2 jelous tengok blog"tiffinbiru.blogspot.com".
Ia La cik mat gebu tayang first blooming nya(Sacred Pink Lotus)
Jangan mare ye cik mat.Lau mare nanti cepat tua...hi..hi..


Na bila tanam apa2 jenis pokok memang x pernah menjadi.Bila pokok bunga rose
na mengeluarkan bunga punya la seronok.Harap lepas ni biar la menjadi semua
pokok bunga yg na tanam.insyaallah.

Selasa, Jun 02, 2009

kari ikan merah

Hari ni teringin nak makan kari ikan merah.Apa lagi terus la ke dapur utk
nenyediakan bahan-bahannya.nasib baik anak2 xde sebab kena tinggal dgn neneknya kat kl.kalau tidak sibuk nak tolong sama.Na harap sudi la mencuba
resepi kari ikan ni ye....







bahan-bahannya:
bahan(A)
2 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 pkt serbuk kari ikan cap babas
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar
2 sudu besar cili kering
2 tangkai daun kari
1 cawan air
1/2 cawan air asam jawa(ikut suka kalau nak masam tambah lebih)
SEMUA BAHAN DIATAS DIKISAR HALUS

bahan penumis(B)
1 sudu teh halba campur
1 biji bawang merah (dihiris nipis)
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 tangkai daun kari
1 senduk minyak masak

bahan(C)
1 ekor ikan merah(lebih kurang 1kg)
6 biji bendi (pilih yg muda)
1 biji tomato (dibelah 4)
2 cili merah @ cili hijau

cara-caranya:
masukan minyak kedlm periuk tunggu sehingga minyak panas
bila minyak dah panas baru masuk bahan penumis,tumis sehingga sehinga bawang kekuningan baru masukan bahan (A).
biarkan semua bahan yg ditumis sehigga pecah minyak
bila dah pecah minyak(itu menandakan yg rempah dah cukup masak)masukkan ikan,
santan,bendi,tomato,cili merah@hijau dan garam secukup rasa.
biar sehingga mendidih.
rasa bila dah ok bolehlah padamkan api.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...