Ahad, Mei 30, 2010

Pine Tree Trail

Denai Pokok Pine dibuka pada lewat 1920an oleh pihak Bristish sebagai jalan untuk sampai ke puncak gunung.Dari puncak gunung ini,dapat dilihat pemandangan kawasan Bukit Fraser dan sekelilingnya,puncaknya
yang hebat dan mengkagumkan.Denai ini berukuran 6 kilometer panjang dan menuju ke puncak Bukit Pokok Pine,dgn ketinggian 1505 meter dari aras laut
.
Conner (1978) telah melaporkan terdapat 5 batang pokok Dacrydium yang telah berusia dan berbentuk seperti tanduk rusa jantan,hanya boleh dijumpai di puncak Bukit Pokok Pine pada tahun 1937.Dipercayai bahawa bukit dan denai ini dinamakan bersemperna dengan kewujudan pokok Dacrydium ini yang mempunyai dedaun berbentuk jarum seperti pokok "pine".Akibat dari peningkatan penebangan hutan yang menyebabkan kenaikan suhu di tanah tinggi ini,pada hari ini hanya sebatang sahaja pokok Dacrydium comosum boleh dilihat di puncak Bukit Pokok Pine.

Holttum (1940) menulis bahawa"Bukit Pokok Pine mempunyai kepelbagaian flora yang amat menakjubkan,dan diharap agar pencinta-pencinta alam semulajadi akan menjaga tumbuhan-tumbuhan ini dengan penuh rasa hormat".Memandangkan Bukit Pokok Pine adalah unik di Bukit Fraser kerana akibat ketinggianya ia menampung tumbuhan hutan pergunungan atas.Oleh itu,para pengembara digalakkan utk memerhatikan perubahan menarik dan ketara kepada jenis tumbuhan2 semasa menaiki bukit ini.Pokok-pokok semakin rendah dan kadang-kadang berpintal serta berbonggol.Akibat daripada kerap diselubungi awan,terdapat tumbuhan lumut-lumut dan paku pakis yang bergantung dipokok dan melitupi lantai hutan keadaan yang dikenali sebagai "Mossy Forest".Tumbuhan seperti orkid,rododendrom dan periuk kera boleh dilihat dengan lebih banyak sekiranya anda mendaki lebih tinggi.

Denai Pokok Pine dikatakan denai yang paling mencabar di Bukit Fraser.Ia mengambil masa 4 jam utk sampai ke puncaknya dlm pergerakan sederhana laju.Denai ini bermula di Banglo 'Admiralty' dan Banglo 'High Pines'.Untuk kembali semula ke permukaan masuk denai ini,anda hanya perlu berpatah balik dr arah anda datang.Harus diingatkan,denai ini lebih sesuai kepada pendaki-pendaki yang telah biasa dan berpengalaman dalam mengembara di hutan.Anda perlu membawa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi utk berjalan disini.Bertolak awal pagi dan pulang pada awal petang.Anda harus tiba dijalan masuk denai sebelum waktu gelap.Sebagai langkah keselamatan,sila daftar nama anda di Pusat Penerangan Pelancung sebelum dan selepas anda mendaki di denai ini.

Dipetik Dari:Fraser's Hill Treasure Trails       

Sabtu, Mei 29, 2010

Millatfacebook cabar Facebook


2010/05/29

Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu iniIa dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.


“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli. 

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24. 

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim. 

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. 
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan. 

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an. 

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB. 

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP 



Dipetik dari Berita harian

p/s:aku dah join Millatfacebook.Anda bila lagi?

Jumaat, Mei 28, 2010

Jom cuti ke Fraser

Salam........
nanae nak ucapkan ribuan terima kasih kerna sudi singgah blog nanae yang tak seberapa ni...Hari ni bz skit ramai c/in.Biasa la kat fraser ni kalau cuti panjang,org kl ramai naik kat sini.Nak hirup udara segar dan nak rehat2.Hotel tempat nanae keje ni adalah sebuah hotel budget.Sape-sape teringin nak naik boleh la emel @ call Darwis 016-3242794.

Nak buat rombongan ke fraser,family day,trip bird watching,jungle tracking dan kepada pencinta alam boleh datang sini.Kita boleh daki pine tree trail yang ambil masa 4 jam (dlm sederhana laju)utk sampai ke puncak dan merupakan denai yang paling memcabar di Bukit Fraser.



Rabu, Mei 26, 2010

Jom tonton Filem

Salam.................


Semalam adik aku si bad bagi tahu terdapat satu laman web mengenai filem-filem baru  dr luar negara yang boleh kita tonton secara percuma.Aku pun gi la masuk www.filmhill.com.Pelbagai filem baru ada seperti iron man 2,shrek forever after,robin hood dan bak pepatah astro macam-macam ada.Buat sape yang malas nak ke panggung atau nak save budget leh la layari laman web tersebut..


Selasa, Mei 25, 2010

Hantu Jerangkung

Salam............

Tadi aku tonton citer jerangkung kat youtube.Seram gak citer jerangkung ni.Aku memang tak pernah tonton citer lama-lama ni.Ni semua sebab darwis la,selalu citer kat aku tentang filem seram lama-lama yang suka dia tonton waktu kecik dulu.Memang aku tak pernah tengok pun masa aku kecik dulu.Bila dah tonton best gak layan filem seram zaman tok nenek kita dulu-dulu.Antara pelakunnya Aziz Satar,Aziz Jaafar,Hashimah Yon serta S.Shamsudin.Diterbitkan pada tahun 1957 oleh Malay Film Production Ltd.


Dah cool down

Salam...........

Dah tak marah dah...Biasa la kejap je kalau marah pun...


Isnin, Mei 24, 2010

Marah???



Salam.....

Dah masuk kul 12.13 pagi tapi mata x bleh nak tido.En Darwis tengah tonton citer papadom.Anak-anak semuanya dah belayar(tido).Aku masih mengadap lappy tak tahu nak buat apa,sebenarnya tgh marah dgn en darwis cos pergi memancing x bg tahu aku.Puas lah aku cari merata ceruk hotel.Bukannya apa hotel aku dah la keling hutan takut kena sorok ke?apa ke?
Last-last Aku cari adik aku si anjang pun xde,ni sah-sah depa berdua gi pancing ikan kat kolam bawah.Nak pergi pun bagitahu la....xde la aku risau sangat...
Ok la ............aku dah nak masuk tido.....Selamat malam.........:) :)Semoga anda dibuai mimpi-mimpi yang indah.

Konsert DEFINE Malam Bersama SEARCH


Konsert DEFINE Malam Bersama SEARCH

Saksikan sebuah konsert eksklusif Search, Hujan dan Meet Uncle Hussein. Tiket adalah terhad
Khusus untuk 18 tahun dan ke atas sahaja


Tarikh ::
29 Mei 2010, 8:00 pm
Lokasi ::

Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan
Harga ::
RM 33

SAPE-SAPE NAK BELI TIKET BOLEH KLIK DISINI

Ribuan Terima Kasih

Salam....

Lama dah x updet blog.Sibuk sikit sebab sorang staf cuti panjang sebab berkahwin.Dalam sibuk-sibuk,sempat lagi Darwis ambil tempahan katering.Masak untuk Perjumpaan BKK (Badan Kebajikan Hj Kamarudin dan Hjh Kalsom) di Cheras semalam.Lepas habis jamuan terus balik ke Fraser. Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada tuan rumah Tuan Hj Akhiar dan Hjh Faridah .

Mak darwis kanan(Hjh Leha) bersama tuan rumah Hjh Faridah (kiri)






Ayam masak kicap

Daging masak lemak cili api

Sayur campur

Isnin, Mei 17, 2010

konsert Double Trouble (seach & wings)

Salam.......
Sebenarnya cerita gi konsert ni dah lama basi tapi dah janji dgn en darwis terpaksa lah updet kan.Konsert berlangsung pada 1 mei 2010 di Stadium Tertutup Bukit Kiara.Konsert Double Trouble ni mengabungkan kumpulan rock search dan wings.







Group Bird watching from Thailand

Salam......
Lama dah tak berN3.Sibuk sikit.Cuma nak tayang gambar group bird watching dari negara Thailand yang berkampung selama 3 hari 2 malam kat Jelai Highland Resort tempat dimana nanae berkerja.Jom layan gambar yang sempat diambil oleh en.Darwis








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...